Skid Soil

Narcissistic.
Capricious.
Meticulous.
Complicated.
Skeptical.
Mischievous.
Spontaneous.

Posted By skid soil on/at 2:08 AM


Posted in

Posted By skid soil on/at 1:07 AM


Once again, aku tukar nama blog aku. Ikut surat beranak nama The Remedy. Kemudian aku tukar  jadi Deeper Conversation sekali dengan template baru. Lasted for a month sahaja. Aku rasa nama tu terlalu soft dan tak sesuai dengan jiwa aku. Semua gara-gara Yuna yang menjerat aku dengan lagu soulful indie dia.

Jadi aku decide untuk tukar lagi, harap kali ni akan permenant. Aku rasa yang ni sounded more like diri aku(kot), paling kurang pun, lagi tersendiri. Cliche atau overrated? Tak penting apa orang fikir, yang penting aku bahagia. Dan aku akan kormesilkan kembali nick aku yang satu itu, skid soil. Ya, sama dengan url blog ini.

Posted By skid soil on/at 4:18 AM



Korang mesti tak percaya kan? Aku dah agak dah tapi itulah hakikatnya, Kemasik dilanda salji. Sebelum korang buat apa-apa kesimpulan, apa kata korang baca je dulu. Memang tak ade disiarkan kat dalam berita sebab tak sempat nak panggil pemberita, salji tu dah cair. Aku pun secara kebetulan berada di tempat kejadian, harap maklum salji bukan turun seluruh Kemasik, cuma di satu kawasan yang sekangkang kera sahaja. Dan salji tu tak adalah setebal make-up Kak Nita sampai 4-inci, boleh tengok sendiri dalam gambar kat atas. Aku pun malas nak cerita lebat, salji tu sebenarnya sekadar polisterin semata-mata. Sila tengok gambar yang telah di close-up untuk kepastian. Aku pun tak berapa pasti siapa punya angkara tapi memang kawasan tu dipenuhi dengan polisterin yang telah dihancur-hancurkan.

Aku ada tiga hipotesis dari mana datangnya salji palsu ini. Pertama, mungkin ni kerja budak-budak kawasan ini yang langsung tidak tahu-menahu tentang kewujudan salji mahupun iklim empat musim. Mengjahanamkan polisterin di tempat awam adalah permainan semata-mata bagi mereka dan secara tidak langsung kesan daripada perilaku ini telah menyerupai fenomena salji.

Kedua, barangkali seorang suami dengan niat yang mulia ingin menunaikan hajat isterinya yang sedang sarat mengandung lapan bulan untuk merasai bermandi salji di luar rumah. Disebabkan duit yang tidak mencukupi untuk membawa isterinya ke Snow World di Genting Highlands, apatah lagi ke luar negara, maka si suami membuat simulasi salji di kawasan rumah supaya si isteri yang mengidam tidak kempunan kerana khuatir anaknya lahir berkulit hitam.

Yang ketiga, rakaman video klip untuk lagu Sonata Musim Salju telah dijalankan di kawasan tersebut. Meskipun lagu itu telah lama dipopularkan oleh Hazami, rancangan membuat video klip dengan kos yang rendah baru sahaja tercetus apabila ternampak polisterin yang dibuang ke dalam tong sampah oleh mak cik cleaner. Walaubagaimanapun, pemilihan Kemasik sebagai lokasi pengambaran adalah dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

 
p/s: Mula-mula aku nampak salji ni, aku hampir-hampir nak buat snowball main baling-baling. Lepas tu aku baru perasan, aku sengsorang je. Mana syiok beb main sorang-sorang. Ada sape-sape nak join tak?

Posted By skid soil on/at 2:51 AM



Selamat maju jaya buat member-member aku untuk final exam,
presentation PSM (yang mengundang sindrom-sindrom PMS)
dan yang sama waktu dengannya di semua kawasan.

Yang nak pergi interview jadi cikgu tu pun termasuk sekali.
(Sila belanja tengok wayang di TGV Mines jika perlu)

Extra speshel aku ucap kat penghuni dan pengunjung tetap rumah N3.
Bad-Rani-Tito-Yusrie-Jumain-Azim-CheAm-Ajid-Boonga-Maoh-Remy 
(Sepatutnya ada lagi sorang, ah, abaikan sahaja yang itu.)

Yang lain-lain pun tak dilupakan, tak kira di universiti mana anda berada.

Tak perlu bazirkan ucapan untuk wish pada aku sebab aku sama sekali
tidak terlibat dengan perkara-perkara yang mendatangkan stress sebegitu.

Posted By skid soil on/at 6:04 AM


Saya tahu saya memang comel dan adorable macam uncle saya.

Hari ni aku pergi ke Kemaman ikut bapak ngan mak aku. Eh, bukan aku memang kat Kemaman ke? Tidak perlu untuk konfius sampai nyanyi lagu Keliru dengan suara yang sumbang dan tarian yang off beat bila aku kata aku pergi ke Kemaman. Maksudnya aku pergi ke Chukai, pusat bandar bagi Kemaman yang langsung tak happening. Bukan setakat boleh mati kutu sebab tak ada hiburan yang sesuai dengan jiwa remaja, siap kutu tu offer nak gali kubur sendiri sebab maha boring. Aku pun tak tau ape tujuan, hipotesis dan pemboleh ubah sebenar kenapa aku ikut sekali padahal sejurus sahaja lepas aku masuk kereta, aku terus tidur macam atas tilam Slumberland atau Vono, boleh pilih yang mana suka. Lebih menggemari tilam kekabu buatan tangan Mak Cik Esah? Tak ada masalah, sila tekan ON TILAM dan hantar ke 32446 dan jangan biarkan henset anda diselubungi miss call.

Semua pit stop yang mak aku berhenti sebab nak settlekan kerja-kerja beliau seperti bank, pejabat-pejabat yang berkenaan, aku bantai tidur je dalam kereta. Sampai kat kedai makan nak lunch baru aku bangun dan buat sedikit regangan yang difokuskan pada bahagian mulut bagi memudahkan otot-otot untuk mengunyah, melahap dan mentekedarah. Time bil sampai pun, menu nasi campur aku yang terdiri daripada gizi seimbang yang terdapat dalam piramid makanan adalah yang paling mahal berbanding mak bapak aku. Almaklumlah, pinggan nak kasi sehabis penuh dengan lauk macam ibu mengandung kembar lapan nak makan. Aku bukannya apa, ini semua adalah untuk memastikan kelangsungan proses penternakan lemak dan juga sebagai latihan tambahan kepada enzim-enzim dan sistem penghadaman aku. Harap tiada komen susulan mengenai isu-isu sensitif yang disebutkan.

Lepas selesai makan, maka baliklah kami sekeluarga, jadi adakah kewujudan aku adalah semata-mata untuk makan? Oh, aku pun kurang pasti, perlu buat kajian yang lebih spesifik untuk berikan jawapan yang tepat, padat dan jitu. Aku singgah kejap kat kedai buku, tak pasal-pasal aku beli magazine Remaja semata-mata sebab LJ jadi cover. Sebab tu lah wujud peribahasa 'Jangan hakimi buku daripada kulit depan' atau lebih femes dalam bahasa inggeris, 'Don't judge a book by its cover', perlu ke aku nak kasi terjemahan segala? Perlulah sebab ni bukan Astro, boleh tekan-tekan nak mintak subtitle. Tettt. Maka aku baru baca bahagian cover story itu sahaja, lain kalilah plak aku khatamkan baca bahagian-bahagian lain. Nasib baik satu magazine je LJ jadi cover, kalau tak kena buat belian secara pukal sambil kelip-kelipkan mata tanya orang yang jual tu, 'Saya nak beli cover je boleh?'

Balik tu aku terus gi rumah kakak aku kat Kerteh, singgah kat Mesra Mall beli pizza untuk anak-anak sedara aku. Boleh plak terserempak dengan skulmet aku kat situ, bukan terserempak, aku je yang perasan dia, dia tak perasan pun aku sebab dia sibuk usha awek yang lalu sebelah dia. Aku pun cepat-cepat toleh ke lain pastu jalan laju-laju sambil tahan nafas. Motif tahan nafas? Sebab aku terlebih fokus tak nak bagi dia nampak sampai lupa nak bernafas. Nama dia Safuan tapi glamer dengan name Spoon, tiga tahun kot sekelas dengan dia. Nampak macam langsung tak berubah je, dari segi figure yang aku tengok tak sampai seminit tu la. Aku kurang gemar sikit jumpa member kat tempat awam secara kebetulan, lagi-lagi yang tak pernah kontek lepas habis sekolah. Kalau yang kamceng lain la, mesti aku dah teruja sampai dari jauh lagi aku pekik nama dia macam tarzan.

Selamat daripada program Jejak Kasih yang tak diingini, aku pun pergi rumah kakak aku jumpa dengan SinBei (bukan nama sebenar) yang makin kurus tapi maintain comel. Baru boleh nak jalan, kalau dah boleh cakap nanti aku ajar die cakap 'Hai, saya Zariff. Lalala..' Matilah curi tagline adik Yusrie, sebarang pertanyaan boleh ditujukan terus kepada Yusrie. Adik Sinbei, baby Raesya pun dah makin besar. Normal lah kan, takkan makin kecil pulak macam Benjamin Button. Petang tu pulak sepatutnya macam biasa kena sambung pergi ambil gambar rerumah di kekampung dengan bapak aku tapi aku tidur. Jadi tak pergilah pun ambil gambar, insiden lima babi pun tak berulang. Tapi segala kerja taip-menaip dah selesai, tinggal saki-baki mengambil gambar je lagi. Itulah serba sedikit yang berlaku hari ni, sindrom mengupdate blog aku berada di tahap kritikal sebab tu rajin mengupdate.